Friday, December 19, 2014

kupu kupu malam

terbang si kupu kupu malam
dalam malam dingin berembun
halus sayapnya melambai
tanpa arah tujuan

halus sayapnya melambai
terkadang seakan tarian

halus sayapnya melambai
seakan mencari bayang

terbang si kupu kupu malam
dalam malam dingin berembun
nanti datang suatu saat
malaikat datang menuntut nyawa.

sembilan puluh sembilan

kanan atau kiri
aku akan tetap disini
genggam erat tangan kamu

****************************

masa mungkin berubah
siang bertukar malam
panas garing menjadi semilir angin sejuk
tapi hati ini takkan surut
dari menyayangi kamu

****************************

Wednesday, October 8, 2014

suatu hari nanti

suatu hari nanti
bila aku pulang ke rumah 
dan kau ada di situ
memandang wajah ku sambil mengukir senyuman;
senyuman paling manis

suatu hari nanti
tika kau sedang menonton di sofa
aku mahu menyandar kepala di riba kamu
sambil memerhati kamu yang kusyuk menonton
wajah yang aku sayang

suatu hari nanti
tika kau sedang menangis
aku ada untuk kau menyandar kepala di bahu ku
mengurut tiap jari mu
dan menjadi telinga kepada apa yang kau bebankan
dalam tubuh kecil kamu itu

suatu hari nanti
di atas perbaringan
aku mahu lihat
wajah kamu
saat aku pejam / saat aku celik
masih wajah kamu.

suatu hari nanti.

Tuesday, October 7, 2014

siapa yang terakhir?

aku terbayang
ketika aku bertemu izrail
siapa yang berada di sisi 
ku lihat tubuh tidak berwajah 
di sekeliling.

tangan yang mampu ku capai
aku genggam erat
wajah si izrail
semakin menghampir
jantung deras / jerit tanpa suara.

aku terbayang
tika izrail berlalu pergi
enam kaki di dalam tanah berlumpur
hujan turun laju
se akan merai 
kepulangan izrail

jadi;
siapa yang terakhir berada di kubur ku?
pada malam aku bertemu mati?

Monday, October 6, 2014

. ii

tapi,

ketidak-sempurnaan dia
adalah keindahan bagi aku.
dan keindahan itu wujud
menjadi sayang dan cinta.

.

ketidak-sempurnaan
itu yang membuat wujudnya 
rasa saling lengkap melengkapi
antara satu sama lain

yang membawa kepada kesempurnaan.


bersandar

langit jingga-
memenuhi ruang angkasa-
burung pulang ke sarang-
dia termenung.

matahari membenam-
kopi di gelas menjadi suam-
bulan mula meyinar-
wajah yang dirindu muncul.

hati nya sugul-
gelisah-
perasaan bercampur baur-
mata nya kelabu

dia rindu
dia mahu bahu
untuk bersandar.

Saturday, September 6, 2014

hitam lumpur di lantai

jadi aku kutip balik tanah lembab yang terpalit di lantai 
meninggalkan kesan lumpur yang kekal
yang tidak terhilang bila dikesat dengan telapak tangan.
tanah tanah kotor itu aku genggam
air lumpur mengalir ke putih baju ku
lalu aku menoleh ke langit
terlihat musuh musuh-Nya 
berjubah hitam bertopeng tidak bermata
tersenyum.

kalau Tuhan cipta kebencian tanpa kecintaan
mungkin hitam saja warna yang ada di muka bumi ini.


Thursday, September 4, 2014

jambatan

aku tampung dengan segala daya kudrat aku
dengan dua telapak ini
supaya jambatan ini tak teroboh kala dibadai taufan.

Thursday, August 28, 2014

kata.

kata kata,
ibarat sebilah pisau yang diacu di belakang tubuh tika mata ditutup dengan kain lilit.

kata kata juga,
mampu menjadi sebotol iodine untuk merawat luka yang berdarah di tiap ruang tubuh.

ekekekekeke.

.

bila langit biru dilitup awan kelabu
itu waktu yang paling aku suka.
bila titis titis gerimis
mula menyentuh tiap ruang tubuh.

rasa seperti hidup semula
selepas menempah celaka.

*maka hujan turun dengan lebat tika lelaki itu berdiri di tengah padang rumput, menikmati tiap air mengalir di tubuh tika bau hujan bercampur rumput kering mula naik*


Tuesday, August 26, 2014

rasa

aku rasa
kau rasa
itu sudah cukup kuat bagi aku
untuk masa ini

bintang yang gemuk

ada satu bintang
yang paling besinar
dalam jutaan di langit ungu.
dan aku tahu
takkan tercapai genggam aku pada dia

jadi aku duduk di rumput berembun
melihat engkau dari jauh
berharap 
takkan terpadam sinar itu
dan suatu hari nanti
aku dapat dakap bintang itu
di langit malam ungu
dan hari hari seterusnya


Sunday, August 10, 2014

Wednesday, August 6, 2014

ubun ubun kamu

mahu saja ditiup rindu
pada ubun ubun kamu


mahu saja dihirup ragu ragu
dari ubun ubun kamu

dunia

mahu saja di pekik;

"celaka pada dunia, yang tak pernah adil pada aku!"

tapi celaka ini ingatkan aku pada tuhan

*diam*

hati kecil aku yang hina ini

yang bisa aku ungkap
dari hati kecil aku yang hina ini

aku mahu bawa kamu
ke jalan yang tuhan redhai.
aku tak mampu menjanjikan kamu
bahawa aku takkan meluka kan hati kau.
dan aku mahu selimutkan kamu
dengan kerinduan dan kecintaan
dari hati kecil aku yang hina ini.

ya?

jangan pergi
duduk di sini
kopi kamu masih tidak di usik

pandang tenang mata aku
pegang erat dingin tangan mu
getar di bibir mu.
aku mahu, kepala kau
mikir benda sama 
dalam kepala aku.
dan hati kamu
tersimpul dengan hati ini
sama niat nya.

kekal
duduk disini
bersama aku
dengan kopi kamu
ya?

damaikan lah!

langit ungu saja
yang mampu mendamaikan hati ini
tika ketiadaan dia

Thursday, July 24, 2014

gambarkan diri kamu

mahu di gambar bagaimana
bila yang digambar seolah masih tak mampu membayangkan tiap ciri diri kamu

nah,
kau indah.

kau simpul sendiri.

6;37 petang di ruang tamu

dia duduk di sudut tingkap
memerhati langit ungu kelabu
senja gerimis
dilihatnya air hujan yang bermain di cermin tingkapnya
satu satu seakan menari mengikut irama titis titis hujan yang jatuh ke bumbung rumahnya
awan seakan cuba bergerak malas, membawa zarah zarah hujan yang dikandung
matahari tidak kelihatan, terlitup sempurna cahaya nya
lama dia perhati
suasana senja gerimis
dari bola matanya nya yang mengalir air masin
cerminan rasa dalam diri dia sendiri

di suatu tempat yang tidak terpandang mata mata itu

dia
ibarat sekuntum bunga mawar
di tengah padang pasir yang hampir mati
tandus, kering
tapi masih di gagahkan
tiap akar, daun dan kelopaknya
untuk terus mekar di situ
walau tiada apa untuk di cita
berhempas pulas untuk terus hidup

itu dia
sekuntum bunga mawar
di tengah padang pasir
yang hanya ada'
udara yang kering
tanah tandus
kantung air yang kempis

Sunday, July 20, 2014

seen. ya. teen

berjubah hitam bertopeng iblis
kau datang membawa tasbih
enam ratus enam puluh enam zikir
kau gelap kan hati aku
celaka
aku pun mahu jejak sisi cahaya
bukan mahu berkurung dalam gelap sahaja
walaupun selesa
masih menanti

Friday, July 18, 2014

*bam*

selamat malam

kisah tubuh

dia menzahirkan rasa
dia menceritakan kisah
dia men transmit hati
dia meludah dunia
dia takut.
telanjang dari perasaan.
hati nya beban
tergantung pada leher.
kaki nya sauh.
menenggelamkan tubuh ke dasar laut mimpi.
rusuknya patah berkecai.
ditujah konkrit rasa.
apa yang kau tahu tentang orang lain.
fizikal tidak menceritakan kisah dia.
dalam bekas tubuh itu tersimpan tiga puluh tiga juta cerita.
jadi apa yang kau tahu? tentang orang lain

imajinasi

bentangkan aku langit.
untuk aku mewarnakan pelangi.
dengan tujuh ratus tiga puluh lima warna.
dan aku akan menunggang kuda di atas nya.
melebarkan tiga puluh lapan sayapnya
di awan berkapas.
yang berkumpul akan menutup terik mentari.
redup langit dengan hembusan angin yang tenteram.
ini nikmat hidup
dalam imajinasi seorang pendusta.
yang baru separuh jalan melalui hari bangsat.
hari hari bangsat.

bulan kabur

tepi lorong
duduk bersila.
menghembus sedap tebal asap tembakau
dongak ke langit
bulan kabur kabur
celaka, kau ketawakan aku ya?

janji

janji pada aku.
selagi bulan dan bintang bersinar di langit malam.
selagi laut tidak kering di bumi
selagi tubuh terkandung darah
terus lah mengukir senyuman itu.
dan sinarkan mata dengan rasa.
janji ya?

hujan rintik rintik, air bergelora

di situ ada seekor burung.
terbang sendiri.
mungkin tersesat.
mungkin ditinggalkan kumpulan nya.
entah mana satu.
melawan arus angin
meredah hujan
macam tiada hala tuju.
hilang pedoman.
macam cermin diri aku.


***************************************************

bila hujan hujan macam ni.
damai saja rasa hati.
menafikan semua kusut serabut tersimpul dalam kepala.
bila keluarkan muka di luar tingkap.
rasa tempias hujan menjentik jentik.
entah--
rasa macam berehat sekejap dari masalah.
sementara hujan masih turun.
gelap saja.
takda benda nak difikirkan lagi.

di bawah limpahan rahmat langit Tuhan.
tenang lah diri.


*******************************************************

sini. mari sini.
aku nak kau tahu.
tenang kau. tenang aku juga.
senang kau. mungkin senang aku juga.
tapi sakit kau. terkadang aku rasa.
jadi--
distract diri dari belenggu tu.
jauh kan. 
entah. siapa aku?
hahahahahahah

ritma rindu

ada satu ritma
bermain di udara
aku cuba tangkap kemas
cuba merasa apa yang ia cuba luah

ada satu ritma
kini bergema dalam diri
dan aku gubah jadi satu simfoni
yang bila aku rindu
aku petik
hulur pada kamu

kelambu ungu

dia nyalakan lilin
terangi kelambu ungu
dilihat bayang bayang
seolah memerhati tingkah laku nya
dia tahu
sunyi memakan diri
seolah tiada kewujudan lain selain dia
di tenung bayang bayang nya lagi
seolah mahu lari

*bunyi bingit sepi*

di dalam kelambu ungu
hanya berteman lilin
dan bayang sendiri
dia menarik satu kali nafas yang dalam

*hembus*

gelap.

Saturday, June 21, 2014

http://garisselari.blogspot.com/search?updated-max=2013-05-03T19:43:00%2B08:00&max-results=7&start=133&by-date=false

nah

nah.
ini hati aku.
sila pijak lagi.
sampai jadi debu.

5

jangan pernah kata kau dah rasa derita.
kau dah rasa sakit. perih. berdarah.
bila kau tak pernah sekali pun rasa.
apa yang aku rasa.
dan mereka rasa.

and yet-
kau masih di pertengahan umur kau.
dan kau dah rasa kau dah menanggung derita seberat tujuh gunung di bahu?
aku dan mereka.
masih cuba untuk terus hidup dengan senyuman.
dan kau sudah mahu mengalah.

pernah kau rasa di abai oleh keluarga kau sendiri?
rasa tidak diperlukan?
pernah kau dihina caci maki oleh mereka?
pernah kau buat mereka menangis kesal dengan diri kau?

pernah kau rasa terbuang?
pernah kau hilang seluruh orang yang kau sayang?
keluarga dan teman.
orang yang kau cinta?
pernah kau terjatuh sedalam dalamnya?
dan tiada tangan yang menghulur?
pernah kau rasa jijik dengan diri kau?
atas apa yang kau dah buat?
diri sendiri menafikan diri.
keluarga.
teman.
cinta.
pernah kau rasa semua ini?
dan kau masih mahu mengalah?

kau tak rasa apa yang aku rasa.
dan apa yang mereka rasa.
dan hidup harus kuat.
terus melangkah.
kerana ini baru separuh dari kisah hidup kau.

tubuh ni.
dah banyak menyimpan bekas luka berdarah.
sama seperti mereka.
kau harus senyum

cerita tentang nafsu

pernah dengar cerita tentang nafsu?
yang pabila dibelai di dalam syurga.
maka bertanya Tuhan kepada nya

"siapa engkau?"

maka dia menjawab,

"aku adalah aku. dan engkau adalah engkau"

dan kemudian di siksa pula kedalam neraka.
maka bertanya lagi Tuhan

"siapa engkau?"

maka dia menjawab,

"engkau adalah tuhan ku, dan aku adalah hamba mu"

tiada

Ada seorang gadis. Dia baru sahaja kehilangan sesuatu.
Ada seorang lelaki. Dia setia menanti dari dahulu.

Ada seorang ibu. Dia melihat kubur anak nya masih merah.
Ada seorang anak. Dia dinafikan haknya oleh bapanya.

Dan gadis itu bertemu yang lain.
Dan lelaki itu terus menanti.
Dan ibu itu terus menangis.
Dan anak itu dalam dakapan bapanya.

Tiada yang boleh dijangka kan dalam hidup.
Tiada.

kau tak ku puja

Kalau aku boleh pinjam kata kata ter paling indah dari syurga.
Mungkin masih belum cukup tergambar diri kau yang satu.

Ini bukan memuja.

Ini(tunjuk diri)

Ini, aku rindu kau.
Ini, nama kau selalu terlintas dalam kepala aku.

Tapi...

Mana kau?

Tuhan(Maha tahu)

Tuhan saja tahu dalam mana rasa aku pendam pada kau.
Dan tuhan saja tahu dalam mana hancur aku rasa sekarang.

sial

di selimut rasa rindu.
yang dikit dikit dicarik 
terasa dingin gundah menyapa tubuh.

di rantai rasa celaka.
dimana setiap kali cuba melangkah walau sejengkal.
terus di tarik deras ke binasa.

manusia.
mana wujud indah dalam hitam.
bila pandangan gelap tanpa putih.

pelangi di cita ribut yang mendatang.
membawa bersama si iblis membisik berahi.
dipinjamkan seribu madah dari pintu ke tujuh.
nah.
tiada kata seindah dari neraka.
untuk mengambarkan rasa dalam hati.

tiada kata seindah dari neraka.

mana hilang indahnya bahasa.
sial.
sial.
aku menulis mengikut nafsu.
sial.

anna-log parut hilang

pisau.
tajam.
hiris.
pedih.
sakit.
luka.
darah.
parut.
kesan.
hilang

pernah-tak?

pernah kau rasa?
kau ingin seseorang itu jatuh tersungkur dalam dunia bahagia dia?
dicabul rasa kelam sampai dia sedar celaka dunia bagaimana?

dan sampai tiba masa itu.
di saat kau ingin bermadah neraka pada dia.
baru kau sedar.

dia juga manusia.
dihembus roh di dalam bekas tubuh hina.
dia juga ada rasa.
sama macam kau.

padam lah amarah.
iblis hanya membisik.

sekejap!

sekejap.
aku terapung.
dalam fantasi.
yang tidak berlatar belakang.

hanya putih.
tiada pelangi.
tiada rasa.
tiada kau.

sekejap.
fantasi bangsat apa aku cipta ni?

definisi (setahun yang lalu)

Definisi bahagia berbeza bagi tiap tiap orang.
Berbeza mengikut kehendak dan keperluan masing masing.
Nafsu turut terkait rapat.

Pada uwang.
Pada harta.
Pada pangkat.
Pada cinta.

Jadi apa definisi bahagia aku?

aku juga manusia yang terkadang bahagia bila ada uwang dan harta.
Tapi aku tiada cinta dari manusia.
Sekian

Tuahn(tujah)

Tuhan.
Kalau aku lupa.
Mohon tujah aku sekuat mungkin.

Astaga.

malam sorang-sorang

malam ni hujan.
sejuk dia agung.

malam ni hujan.
sejuk dia agung.
hampir semua sedang lena di buai mimpi.

malam ni hujan.
sejuk dia agung.
terdengar batuk dari bilik hujung.

malam ni hujan.
aku nyalakan lagi rokok sebatang.

sorang-sorang
dengan rokok

awan yang gemuk

Aku ingin bebas seperti awan.
berselerak di setiap penjuru langit.
tiada apa apa yang perlu di fikiran.
yang penting gemuk.
yang penting aku mampu meneduh pada yang kasih.
melakar pelangi selepas gerimis bertamu.
membawa diri mengikut mana angin bawa.

Aku ingin bebas seperti awan.
tapi aku kena sedar.
aku hanya manusia.

bukan hati(bangsawan)

di satu penjuru kiri.
ada hati aku yang kecil.
berselaput dengan lumpur bangsat.
dan berdarah duri.

nah, siapa siapa mahu, sila jaga dan selimutkan dia dengan sayang.
sebab hati tu kecil ja, bukan pemilik bangsawan mana mana.

kuat berangan

kalau kau bulan
aku mahu jadi roket.
supaya bila aku rindu aku akan mengorbit diri kau
sampai haus rindu aku.

kalau kau kertas putih.
aku mahu jadi pena.
supaya aku dapat hias diri kau dengan kata kata
yang aku pinjam dari syurga.

kalau kau bunga.
aku mahu jadi hujan.
supaya kau tak perlu kering tanpa air.
aku ada setiap masa untuk memenuhi keperluan kau.

kalau 
kau
aku
mana?
dalam kepala aku yang kuat berimajinasi.

hai(kawan)

hai kawan mari sini.
kau sedih?
nah peluk.
aku hangatkan dengan kasih aku.

hai kawan mari sini.
kau marah?
nah peluk.
aku padamkan dengan kasih aku.

Hai kawan mari sini.
kau sunyi.
nah peluk.
kau cerita lah apa dalam hati kau.

hai kawan mari sini.
sini.
kau buat apa dekat situ?
mengendah aku?
nah batu.
kasi kau ingat sikit macam mana sakit aku sekarang.

kahkahkah

0405(berselimut kelabu)

aku menari tempang.
malam ku terbisik si iblis.
menunggu si kupu kupu malam.
menghiburkan malam malam yang celaka.

Tuhan(celaka)

tapi dia terlupa.
dia bukan tuhan 
untuk orang datang berkunjung
untuk orang datang mengemis 
untuk orang datang memuja
dia hanya manusia
sama macam aku
sama macam semua orang.

kenapa masih berlagak angkuh seperti tuhan, celaka?

mengemis

aku mengemis hati aku
pada siapa siapa yang mahu menatangnya.

*tepuk dada*

hati, boleh diam tak?

malam ke-empat

aku lihat anak kecil itu.
dalam dakapan erat ibunya.
mesra ditatang, tak putus senyuman ibunya hulur.
anak kecil.
kau masih belum lihat celaka dunia ni.
aku harap kau pilih jalan yang benar.
bukan macam aku.
bukan macam orang orang macam aku.


***********************************************************************

tiba tiba dalam kusut malam.
terasa angin menyapa lembut bahu.
dan kau muncul dalam antara dunia nyata dan imajinasi.
semacam benar dari belakang aku.
kau senyum, menegur aku.
lalu kau duduk didepan aku.
kita berbual tentang dunia.
kita ketawa.
dan kau senyum lagi.
pegang tangan aku dan kata.

"sabar, dunia tak mampu berai tubuh kau"

aku senyum sorang sorang.
hirup teh suam yang sudah sejuk.

mana pelangi

jangan cari pelangi,
bila masa panas terik.
dia tak kan muncul, bahlol.

jangan cari pelangi,
di antara dua bukit.
kau ingat macam lukisan budak tadika?

jangan cari pelangi,
dia akan datang dengan sendiri
bila kau dan dia sudah bersedia.

bisik-blis

si iblis mula membisik.
tujuh ratus tujuh puluh tujuh tingkat bahasa kesat.
samada kau nak turut atau tidak
terpulang.

iblis, kau bangsat.