bila aku pulang ke rumah
dan kau ada di situ
memandang wajah ku sambil mengukir senyuman;
senyuman paling manis
suatu hari nanti
tika kau sedang menonton di sofa
aku mahu menyandar kepala di riba kamu
sambil memerhati kamu yang kusyuk menonton
wajah yang aku sayang
suatu hari nanti
tika kau sedang menangis
aku ada untuk kau menyandar kepala di bahu ku
mengurut tiap jari mu
dan menjadi telinga kepada apa yang kau bebankan
dalam tubuh kecil kamu itu
suatu hari nanti
di atas perbaringan
aku mahu lihat
wajah kamu
saat aku pejam / saat aku celik
masih wajah kamu.
suatu hari nanti.
No comments:
Post a Comment