Tuesday, January 27, 2015

Bendera Kuning

tuhan
andai kata- malaikatul maut
menjemput tubuh ini
tika sisa nafas hanya senggenggam
dan kala aku menafikan udara-Mu

aku mohon
dari saat itu dan seterusnya
jangan ada air yang mengalir
dar mana mana kelpopak mata yang aku kenal
yang aku sayang

momen antara kita semua
biar kekal walau untuk seketika
kerana mana mana pun
ia akan tetap mereput
bersama jasad
di dalam perut bumi

mainkan lah
lagu "Bendera Kuning"
tika tanah membenam jasad ini.

No comments:

Post a Comment