rindu-
menjadi embun
pada lapangan hati
di kedinginan malam
sayang-
menjadi debunga
yang menguntum pada tiap rongga
rongga-rongga tubuh
tanpa mengira musim
cinta-
sentiasa terbit
seperti mentari memecah malam
dan tidak pernah mahu membenam
*dilihatnya di satu penjuru, antara langit ungu*
seperti benih kapas menari di langit
kala angin bertiup syahdu
ku kirimkan rindu-sayang-dan cinta
kepada pemilik hati ini
No comments:
Post a Comment