Friday, July 18, 2014

kisah tubuh

dia menzahirkan rasa
dia menceritakan kisah
dia men transmit hati
dia meludah dunia
dia takut.
telanjang dari perasaan.
hati nya beban
tergantung pada leher.
kaki nya sauh.
menenggelamkan tubuh ke dasar laut mimpi.
rusuknya patah berkecai.
ditujah konkrit rasa.
apa yang kau tahu tentang orang lain.
fizikal tidak menceritakan kisah dia.
dalam bekas tubuh itu tersimpan tiga puluh tiga juta cerita.
jadi apa yang kau tahu? tentang orang lain

imajinasi

bentangkan aku langit.
untuk aku mewarnakan pelangi.
dengan tujuh ratus tiga puluh lima warna.
dan aku akan menunggang kuda di atas nya.
melebarkan tiga puluh lapan sayapnya
di awan berkapas.
yang berkumpul akan menutup terik mentari.
redup langit dengan hembusan angin yang tenteram.
ini nikmat hidup
dalam imajinasi seorang pendusta.
yang baru separuh jalan melalui hari bangsat.
hari hari bangsat.

bulan kabur

tepi lorong
duduk bersila.
menghembus sedap tebal asap tembakau
dongak ke langit
bulan kabur kabur
celaka, kau ketawakan aku ya?

janji

janji pada aku.
selagi bulan dan bintang bersinar di langit malam.
selagi laut tidak kering di bumi
selagi tubuh terkandung darah
terus lah mengukir senyuman itu.
dan sinarkan mata dengan rasa.
janji ya?

hujan rintik rintik, air bergelora

di situ ada seekor burung.
terbang sendiri.
mungkin tersesat.
mungkin ditinggalkan kumpulan nya.
entah mana satu.
melawan arus angin
meredah hujan
macam tiada hala tuju.
hilang pedoman.
macam cermin diri aku.


***************************************************

bila hujan hujan macam ni.
damai saja rasa hati.
menafikan semua kusut serabut tersimpul dalam kepala.
bila keluarkan muka di luar tingkap.
rasa tempias hujan menjentik jentik.
entah--
rasa macam berehat sekejap dari masalah.
sementara hujan masih turun.
gelap saja.
takda benda nak difikirkan lagi.

di bawah limpahan rahmat langit Tuhan.
tenang lah diri.


*******************************************************

sini. mari sini.
aku nak kau tahu.
tenang kau. tenang aku juga.
senang kau. mungkin senang aku juga.
tapi sakit kau. terkadang aku rasa.
jadi--
distract diri dari belenggu tu.
jauh kan. 
entah. siapa aku?
hahahahahahah

ritma rindu

ada satu ritma
bermain di udara
aku cuba tangkap kemas
cuba merasa apa yang ia cuba luah

ada satu ritma
kini bergema dalam diri
dan aku gubah jadi satu simfoni
yang bila aku rindu
aku petik
hulur pada kamu

kelambu ungu

dia nyalakan lilin
terangi kelambu ungu
dilihat bayang bayang
seolah memerhati tingkah laku nya
dia tahu
sunyi memakan diri
seolah tiada kewujudan lain selain dia
di tenung bayang bayang nya lagi
seolah mahu lari

*bunyi bingit sepi*

di dalam kelambu ungu
hanya berteman lilin
dan bayang sendiri
dia menarik satu kali nafas yang dalam

*hembus*

gelap.