Thursday, July 24, 2014

gambarkan diri kamu

mahu di gambar bagaimana
bila yang digambar seolah masih tak mampu membayangkan tiap ciri diri kamu

nah,
kau indah.

kau simpul sendiri.

6;37 petang di ruang tamu

dia duduk di sudut tingkap
memerhati langit ungu kelabu
senja gerimis
dilihatnya air hujan yang bermain di cermin tingkapnya
satu satu seakan menari mengikut irama titis titis hujan yang jatuh ke bumbung rumahnya
awan seakan cuba bergerak malas, membawa zarah zarah hujan yang dikandung
matahari tidak kelihatan, terlitup sempurna cahaya nya
lama dia perhati
suasana senja gerimis
dari bola matanya nya yang mengalir air masin
cerminan rasa dalam diri dia sendiri

di suatu tempat yang tidak terpandang mata mata itu

dia
ibarat sekuntum bunga mawar
di tengah padang pasir yang hampir mati
tandus, kering
tapi masih di gagahkan
tiap akar, daun dan kelopaknya
untuk terus mekar di situ
walau tiada apa untuk di cita
berhempas pulas untuk terus hidup

itu dia
sekuntum bunga mawar
di tengah padang pasir
yang hanya ada'
udara yang kering
tanah tandus
kantung air yang kempis

Sunday, July 20, 2014

seen. ya. teen

berjubah hitam bertopeng iblis
kau datang membawa tasbih
enam ratus enam puluh enam zikir
kau gelap kan hati aku
celaka
aku pun mahu jejak sisi cahaya
bukan mahu berkurung dalam gelap sahaja
walaupun selesa
masih menanti

Friday, July 18, 2014

*bam*

selamat malam

kisah tubuh

dia menzahirkan rasa
dia menceritakan kisah
dia men transmit hati
dia meludah dunia
dia takut.
telanjang dari perasaan.
hati nya beban
tergantung pada leher.
kaki nya sauh.
menenggelamkan tubuh ke dasar laut mimpi.
rusuknya patah berkecai.
ditujah konkrit rasa.
apa yang kau tahu tentang orang lain.
fizikal tidak menceritakan kisah dia.
dalam bekas tubuh itu tersimpan tiga puluh tiga juta cerita.
jadi apa yang kau tahu? tentang orang lain

imajinasi

bentangkan aku langit.
untuk aku mewarnakan pelangi.
dengan tujuh ratus tiga puluh lima warna.
dan aku akan menunggang kuda di atas nya.
melebarkan tiga puluh lapan sayapnya
di awan berkapas.
yang berkumpul akan menutup terik mentari.
redup langit dengan hembusan angin yang tenteram.
ini nikmat hidup
dalam imajinasi seorang pendusta.
yang baru separuh jalan melalui hari bangsat.
hari hari bangsat.